Secara umumnya bidang arkeologi merupakan salah satu daripada cabang keilmuan sejarah yang amat penting untuk dipelajari kerana bidang arkeologi membolehkan kita untuk mengenalpasti segala bahan-bahan tinggalan sejarah sama ada yang berbentuk abstrak dan boleh disentuh seperti tinggalan alatan batu, tengkorak manusia, kepingan-kepingan batu bersurat dan sebagainya. Istilah arkeologi adalah berasal daripada perkataan yunani kuno iaitu archaics logos yang membawa maksud 'pengetahuan (tentang hal atau masa) kuno atau lampau'. Maksud arkeologi itu sendiri secara umumnya telah dibahaskan oleh beberapa orang sejarawan barat yang terkenal seperti Grahame Clark, Stuart Piggot dan James Deetz. Menurut buku yang telah dikeluarkan oleh Grahame Clark yang berjudul 'Archaeology and Society', beliau telah memberikan definisi yang jelas mengenai bidang arkeologi iaitu bidang atau ilmu arkeologi merupakan suatu kajian yang sistematik tentang benda-benda kuno sebagai suatu alat yang digunakan untuk mentafsirkan perjalanan masa lampau. Tambahan lagi walaupun masyarakat menganggap arkeologi sebagai suatu bidang yang bergantung kepada artifak dan tafsiran semata-mata, namun bagi Clark arkeologi membawa maksud yang lebih mendalam kerana ia merupakan suatu bidang yang dapat memberikan gambaran yang lebih meluas tentang bentuk, tekstur dan nilai estetika sesebuah artifak sehinggakan ia dapat membantu para sejarawan untuk menghuraikan dengan lebih tepat perjalanan sesuatu peristiwa sejarah.
Gambar 1: Tengkorak manusia zaman paleolitik
Stuart Piggot juga turut memberikan definisi tamabahan mengenai maksud arkeologi menerusi karyanya yang berjudul 'Approach to Archaeology', di mana beliau mengatakan bahawa arkeologi merupakan satu disiplin untuk mempelajari sesuatu perkara yang tidak disedari dan ia dibuktikan dengan peninggalan benda-benda yang masih ada dan boleh dikaji. Manakala di Amerika pula ahli arkeologi yang bernama James Deetz turut memberikan definisi arkeologi menerusi karyanya 'Invitation of Archaeology', di mana beliau berpendapat bahawa arkeologi merupakan satu bidang yang sentiasa berkait rapat dengan bidang antropologi kerana antropologi dikatakan membawa maksud yang sama dengan bidang arkeologi iaitu satu kajian tentang manusia yang merangkumi aspek psikologi, fizikal dan hubungan timbal baliknya secara dua hala.
Di samping itu, maksud bidang arkeologi juga turut dinyatakan oleh seorang ahli sejarawan indonesia iaitu R.P. Soejono ada menyatakan bahawa istilah arkeologi dirujuk kepada pengetahuan tentang hal-hal kuno atau ia lebih jelas lagi dirujuk kepada pengetahuan tentang masa lampau. Tambahan lagi, istilah arkeologi di indonesia turut mencakupi semua zaman yang bermula daripada manusia pra-homo sapiens sehinggalah zaman sekarang. Istilah arkeologi juga turut digunakan khusus terutamanya dalam penyelidikan tentang peninggalan material, yang terdiri daripada benda dan bangunan lama. Bidang arkeologi secara umumnya juga terbahagi kepada beberapa sub-disiplin dan antaranya adalah prasejarah, arkeologi petempatan, arkeologi industri, ethno-arkeologi, fizikal-antropologi dan maritim arkeologi.
Selain itu, seorang ahli sejarawan iaitu Gordon R.Willey pula berpendapat bahawa bidang arkeologi sebenarnya berkembang melalui peredaran zaman tertentu dan pembahagiannya bergantung kepada pergerakan sejarah pada setiap zaman. Bagi Gordon R. Willey juga bidang arkeologi itu sendiri turut dibahagikan kepada beberapa zaman yang berbeza dan antaranya adalah seperti zaman spekulatif, zaman diskriptif , zaman historia-diskriptif dan juga zaman hostoris-komparatif. Bagi Gordon R.Willey, pembahagian bidang arkeologi kepada setiap zaman itu perlu bagi membolehkan para ahli arkeologi dan sejarawan untuk mentafsir maklumat daripada artifak yang berlainan zaman dengan lebih mudah kerana terdapatnya pembahagian zaman mengikut artifak yang telah dijumpai.
Tambahan lagi, arkeologi juga turut dianggap sebagai satu disiplin untuk mengkaji kebudayaan masyarakat silam melalui rekod-rekod bertulis seperti tinggalan-tinggalan artifak, sisa makanan, tempat kediaman, perkuburan atau tinggalan fizikal yang dapat digunakan sebagai bukti kewujudan tamadun dan peradaban manusia. Ilmu arkeologi merupakan satu proses ekskavasi yang sistematik dengan menggunakan kaedah cari gali arkeologi. Ilmu arkeologi juga secara umumnya dibantu oleh cabang ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu geologi, paleontologi, statistik, geomorfologi dan juga seni halus. Kesemua ilmu bantu ini adalah bertujuan untuk menjadikan bidang arkeologi sebagai salah satu bidang yang dapat dibuktikan kesahihan dan ketepatannya dengan lebih benar dan disokong dengan bukti yang jelas.
Kesimpulannya, bidang arkeologi merupakan satu bidang ilmu sejarah yang perlu untuk dipelajari kerana melalui arkeologi manusia pada zaman sekarang dapat mengesan peninggalan sejarah pada zaman dahulu dan seterusnya mengambil ikhtibar daripada kejayaan dan ketamadunan masa lalu untuk diterapkan ke dalam peradaban kini. Masyarakat zaman kini misalnya perlulah mengubah pandangan serong mereka mengenai bidang arkeologi kerana bagi mereka definisi arkeologi hanyalah sebagai satu kajian mengenai perkara-perkara yang telah mati. Definisi seperti ini haruslah ditukar kerana bidang arkeologi bukan sahaja mengkaji tinggalan pada masa lalu malah arkeologi turut mengkaji tentang peradaban manusia dan makhluk hidup pada zaman dahulu yang mungkin boleh dijadikan rujukan kepada permasalahan yang timbul pada zaman sekarang.
Sekian terima kasih..........
Rujukan :
Nik Hassan Suhaimi, (1977), 'Perkembangan idea, konsep dan aliran dlm arkeologi', Diakses pada 29 Februari 2020, http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php?cont=v&item=2&vols=33&art=343
RP. Soejono, "Pertemuan Ilmiah Arkeologi III", Jakarta : Departmen Pendidikan dan Kebudayaan, 1985.
Uka Tjandrasasmita, "Arkeologi Islam Nusantara", Jakarta :Kepustakaan Populer Gramedia, 2016.

No comments:
Post a Comment