Wednesday, 24 June 2020

KEBUDAYAAN ZAMAN MEGALITIK 

   
   Istilah megalitik dikatakan berasal daripada perkataan yunani kuno iaitu Mega (besar) dan juga Lith (batu). Jadi disini kita dapat simpulkan bahawa zaman megalitik merupakan zaman batu besar yang berlaku selepas zaman neolitik sekitar tahun 2,500-1,500 tahun yang lalu. Tambahan lagi, dikatakan juga kebanyakkan batu yang dibentuk pada zaman megalitik biasanya diperbuat daripada susunan batu monolit atau endesit yang mempunyai saiz yang besar sepertimana batu menhir dan dolmen. 

   Kebudayaan peradaban megalitik ini dikatakan turut disebut sebagai kebudayaan 'Batu Hidup' kerana atas kepercayaan masyarakat kuno bahawa batu bersaiz besar mempunyai roh dan semangatnya yang tersendiri yang perlu dipuja untuk menjamin keberkatan dan keharmonian hidup. Kebudayaan megalitik secara asasnya telah bermula pada akhir zaman neolitik tetapi pelaksanaan dan pembinaan peradaban megalitik ini dikatakan berkembang pesat semasa tempoh zaman logam. Dalam penulisan blog ini, saya akan menceritakan serba sedikit berkaitan zaman megalitik yang berlaku di kawasan Asia Tenggara. 

    Kawasan arkeologi megalitik di Asia Tenggara biasanya terdapat di kawasan Bali, Luzon, Utara Thailand, Myanmar, Jawa, Sumatera, Filipina, Utara Borneo, Sulawesi dan juga di sekitar semenajung Malaysia terutamanya yang terletak di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Menurut I Made Sutaba (1992), penyebaran dan pengamalan kebudayaan megalitik dikatakan masih wujud dalam kalangan masyarakat moden tetapi ia telah diubahsuai mengikut peredaran zaman. Malah dikatakan juga bahawa kebudayaan megalitik pada dahulunya bukan sahaja datang dari luar malah kebudayaan tersebut turut mewarnai kehidupan masyarakat tempatan itu sendiri. Manakala mengikut pandangan ahli arkeologi Barat seperti Robert (1973) pula berpendapat bahawa kebudayaan megalitik dikatakan dibawa dan disebarkan oleh golongan petani yang berhijrah daripada kawasan Timur Tengah sekitar tahun 6000 SM. 



SENARAI JENIS MEGALITH DUNIA 

1) Menhir
2) Stonehenge
3) Kubur megalith
4) Kubur bilik (Burial Chamber)
5) Dolmen
6) Kubur berlorong
7) Batu berukir
8) Lingkaran batu
9) Passage grave
10) Alignment
11) Avenues

JENIS-JENIS MEGALITH YANG TERDAPAT DI ASIA TENGGARA 

1) Menhir
2) Dolmen
3) Keranda batu
4) Arca batu
5) Alignment
6) Aveneus
7) Kubur kepingan batu (Slab Grave)
8) Lumping batu
9) Altar batu
10) Kalimba
11) Tiang batu
12) Batu dakon
13) Batu bergores waruga


PERIODISASI 

Dari sudut periodisasi atau tempoh pembahagian zaman megalitik, dikatakan bahawa zaman megalitik secara umumnya terbahagi kepada dua tahap yang berbeza. Tahap pertama berlaku sekitar tahun (2,500-1500 SM) yang memperlihatkan zaman megalitik menerusi penggunaan batu jenis menhir, dolmen dan sebagainya. Manakala zaman megalitik tahap kedua pula bermula sekitar tahun (1,500-1000 SM) dan pada waktu ini zaman megalitik digelar sebagai zaman Megalitik Muda kerana pada waktu ini masyarakat mula menggunakan batu yang bersaiz sederhana besar, memasukkan unsur-unsur ukiran tertentu yang seterusnya membawa penemuan kepada unsur gangsa dan besi yang akhirnya membawa kepada permulaan zaman gangsa bagi peradaban dunia. 


MEGALITIK DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU 

   Secara umumnya megalitik telah bermula sejak seawal zaman neolitik tetapi situasinya dilihat berlainan jika dibandingkan dengan zaman megalitik di Malaysia. Hal ini kerana zaman megalitik di Malaysia dikatakan dapat direkod hanya pada zaman logam sahaja. Hal ini demikian kerana, mengikut pengkajian yang telah dilakukan oleh I.H.N Evans dan Leong Sau Heng di kawasan megalitik Lembah Bernam negeri Perak, mereka berdua telah mengenalpasti tapak megalitik tersebut berusia 500 SM. Tapak megalitik yang terdapat di negeri Perak terutamanya sekali di Lembah Bernam, Slim River, Sungkai dan Sungai Kruit misalnya telah menunjukkan jenis kebudayaan megalitik yang bercorak 'Cist Grave'  atau lebih dikenali sebagai 'Slab Built Grave'  telah menjadi bukti kebudayaan megalitik yang terdapat di Perak. Megalitik jenis 'Slab Built Grave ' dikatakan sangat terkenal di Perak dimana binaan batu tersebut biasanya akan digunakan sebagai kubur masyarakat kuno dan ia juga berkaitan dengan konsep kehidupan selepas mati kerana penyelidikan arkeologi telah menjumpai barangan perhiasan harian seperti manik kaca, besi bersoket, pecahan tembikar tanah dan sebagainya. 'Slab Grave' yang diguanakan oleh masyarakat di Perak adalah berasal daripada batuan jenis granite. Batuan megalitik jenis 'Slab Grave'  merupakan satu bentuk susunan batu perkuburan secara bertingkat seakan-akan kubu atau cengkerang kura-kura dan dikatakan juga setelah kajian dilakukan oleh Evans, beliau telah melihat bahawa struktur 'Slab Grave Built' dikatakan tidak mengandungi sebarang bentuk rangka tulang manusia pra-sejarah yang telah dikebumikan dan ia secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan sekiranya rangka manusia tersebut telah mereput ke dalam tanah.



Gambar 1 : Contoh Slab Grave yang disimpan di muzium negeri Perak 


     Tambahan lagi, selain daripada tapak megalitik di negeri Perak, terdapat juga tapak megalitik di negeri lain seperti di Melaka dan juga di Negeri Sembilan. Jenis batu megalitik yang terdapat di kedua-dua buah negeri tersebut adalah batu yang berasal daripada jenis alignment, berpasangan dan juga menhir. Shepard (1926) dikatakan telah bertindak untuk memetakan sebanyak 30 tapak megalitik yang telah dijumpai di Kuala Pilah (Negeri Sembilan) dan juga di Alor Gajah (Melaka). Contohnya tapak megalitik di Negeri Sembilan dapat juga ditemui di daerah Rembau, Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin. Manakala, tapak megalitik di Melaka pula dapat dilihat seperti yang terdapat di kawasan daerah Alor Gajah iaitu di Kampung Taboh Naning, Cerana Putih,Pulau Sebang, Simpang Empat, Tanjung Rimau, dan terdapat juga di daerah Jasin. Terdapat juga pendapat dan pandangan yang mengatakan bahawa zaman megalitik di Negeri Sembilan berlaku pada dua tahap iaitu tahap pertama adalah bermula sejak awal abad Masihi dan ciri-ciri batu pula dikatakan lebih kasar dan tidak terdapat kepelbagaian corak hiasan. Manakala, tahap kedua pula dilihat menerusi peranan yang dimainkan oleh golongan penghijrah daripada minagkabau yang mengamalkan adat pepatih dan kedatangan mereka ke Melaka dan Negeri Sembilan dapat dikesan pada kurun abad ke-15. Hal ini dibuktikan menerusi jumpaan batu megalitik di Minangkabau yang dilihat sama dengan yang terdapat di Negeri Sembilan dan juga Melaka. Malah dikatakan juga bahawa, kebudayaan megalitik yang berasal daripada Pagar Ruyung dan Minagkabau ini juga telah digunakan dalam pelbagai upacara keagamaan dan batu-batu besar yang dibina juga turut diukir dengan kemas supaya ia dapat menjadi simbol yang melambangkan identiti sesebuah keluarga yang telah menetap di sesebuah kawasan petempatan di Negeri Sembilan mahupun di Melaka. Mengikut Harrison (1962), beliau telah melihat jumpaan batu Megalitik yang terdapat di Negeri Sembilan seakan-akan mempunyai semangat atau roh dan hal ini menyebabkan beliau melihat batu Megalitik di Negeri Sembilan sebagai batu hidup. Antara contoh tapak megalitik yang terkenal di Negeri Sembilan ialah tapak arkeologi Pengkalan Kempas yang dianggarkan bertarikh sekitar abad ke 14 hinggga 15 Masihi. Batu megalitik di Pengkalan Kempas dikatakan berasal daripada bentuk pemakaman kubur Syeikh Ahmad Majnun yang tercatat tarikh kematian sekitar 1467 tahun yang lalu.



Mohd Faiz bin Abdul Manan: Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Gambar 2 : Perkarangan Kubur Syeikh Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan 



     Di samping batu megalitik yang dijumpai di Semenanjung Malaysia, batu megalitik juga turut dijumpai di Sarawak dan Sabah. Jumpaan batu megalitik di Sarawak secara umumnya dapat dikaitkan dengan kebudayaan masyarakat Kelabit Tanah Tinggi Sarawak. Harrison (1973) menganggap zaman megalitik di Sarawak telah bermula sejak zaman pra-sejarah sehinggalah ke tahun 1950-an. Antara jenis batu megalitik yang dijumpai di Sarawak adalah daripada jenis menhir, batu berukir, dolmen, timbunan batu besar, tanah perkuburan, tapak kubur dengan pengebumian tembikar China dan perkuburan batu lubang. Contohnya Batu Narit (batu ukiran) daripada pelbagai bentuk telah digunakan oleh kaum Kelabit untuk menonjolkan identiti mereka sebagai kaum yang kuat, perkasa dan mempunyai kebolehan ajaib. Manakala batu megalitik yang dijumpai di Sabah pula dapat dikaitkan dengan masyarakat Kadazandusun dan ianya batu megalitik tersebut adalah dari jenis batuan menhir, dolmen dan juga Avenues.


Malaysia Megalithic Portal: Batu Ritong, Sarawak

Gambar 3 : contoh penemuan batu megalitik Batu Ritong, Sarawak 




JENIS BATU MEGALITIK

1) Menhir 

- Menhir atau batu tegak merupakan batuan megalith yang didirikan dalam posisi menegak seperti tugu. Menhir juga kadang kala berbentuk blok batu besar yang didirikan ke atas dan ia juga kadang-kadang terdiri daripada tugu batu tunggal. Batu jenis Menhir biasanya digunakan untuk upacara kegamaan sebagai menghormati roh nenek moyang. Manakala berat sebuah batu juga telah dianggarkan beratus tan dan mempunyai ketinggian sekitar 70 kaki tinggi. Menhir juga diperbuat daripada blok batu granit yang disusun secara berbaris lurus, melengkung dan ada juga berbentuk bulatan, Batu menhir juga dikatakan diperbuat daripada batu yang berasal dari kawasan kaki gunung atau mana-mana sungai yang mempunyai bongkah batu yang besar.

Batuan Menhir juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti :

1) Menhir tunggal - biasanya ia boleh ditemui di pinggir jalan, halaman rumah, di tempat-tempat acara pemujaan dan juga di kawasan perbatasan.

2) Menhir berpasangan - ia disusun secara berpasangan dalam satu barisan lurus dari utara ke selatan atau dari timur ke barat. Kebanyakan batuan ini  didirikan di kawasan perkuburan purba atau di kawasan timbunan tanah. 

3) Menhir berkelompok - ia sering ditemui di kawasan upacara pemujaan. 

4) Menhir berukir - ia biasanya terdiri daripada batu yang telah dipahat atau diukir dengan bentuk atau imej tertentu, Dikatakan menhir berukir ini banyak digunakan untuk mengukir simbol nenek moyang yang akan digunakan dalam setiap upacara penyembahan. 


Indonesia Tourism Forum, Where You Can Find Any Information About Indonesia

Gambar 4 : contoh Batu Menhir yang terdapat di Indonesia 



2) Dolmen 

- Dolmen merupakan blok batu yang disusun membentuk seakan-akan meja dan ianya digunakan dalam upacara penyembahan roh nenek moyang. Hal ini kerana, terdapat dolmen yang berbentuk peti yang menyimpan tulang dan abu nenek moyang, Ciri utama yang membuatkan batu jenis dolmen terkenal kerana ia didirikan dengan meletakkan sekeping batu yang berbentuk rata di atas dua bongkah batu yang didirkan secara menegak. Jenis batu megalitik dolmen ini banyak dijumpai di kepulauan Asia Tenggara, Pulau Nias (indonesia) dan pulau Assam (india). Batu jenis dolmen ini pada kebiasaannya akan digunakan sebagai tempat meletakkan hidangan atau sajian semasa upacara penyembahan nenek moyang dilakukan dan kawasan di bawah dolmen pula pada kebiasaanya akan digunakan sebagai tempat pengebumian.



Makam Portal Dolmen - Foto gratis di Pixabay

Gambar 5 : contoh batu Dolmen yang mneyerupai meja makan 



3) Kubur Kepingan Batu 

- Kubur Kepingan Batu juga boleh disebut sebagai Slab Grave yang digunakan dalam setiap proses pengebumian mayat. Bahagian dasar atau lantai akan diperbuat daripada Batu granit. Manakala bahagian dindingnya pula akan disusun secara bertindih dengan batu granit seacar menegak. Tambahan juga beberapa keping kepingan batu juga turut diletakkan di atas dinding batu sehingga mebentuk seakan-akan sebuah keranda batu. Struktur fizikal kubur kepingan batu juga dikatakan berbentuk sebuah peti batu yang dibentuk daripada enam buah papan batu, dua sisi panjang, dua sisi lebar dan sebuah lantai batu dan sebuah penutup besi.


Kubur Batu Kepingan | cheuleng | Flickr

Gambar 6 : contoh  Slab Grave yang dihasilkan pada zaman megalitik 



4) Tempayan Batu 

- Tempayan batu merupakan jenis batu megalitik yang berbentuk tempayan tetapi ia diperbuat daripada batu. Permukaan mulut tempayan batu biasanya tidak besar sepertimana keseluruhan badannya yang bersaiz besar. Purata saiz biasanya berukuran 1,5 meter tinggi dan mempunyai diameter yang sama diikuti dengan ketinggian batu yang boleh mencecah 3 meter. Batu megalitik jenis tempayan batu telah banyak ditemui di negara Vietnam dan juga Laos. Contohnya, di Laos tempat jumpaan tempayan batu telah dijumpai dan antara jumpaan tempayan batu yang penting adalah seperti tempayan "Plain Jar". Tempayan batu megalitik  di Laos dijumpai bertaburan di sekitar wilayah Xiengkhouang secara berkelompok di tempat yang berasingan dan dianggrkan lebih kurang 300 tempayan pada setiap kelompok yang dijumpai. Penyelidikan arkeologi telah dilaksanakan di beberapa tapak kelompok tersebut dan dikatakan bahawa 'Plain of Jars' merupakan tapak pengkebumian pada zaman gangsa dan zaman logam yang berusia sekitar 2,000 hingga 2,500 tahun yang lalu.


Minová pole v Laosu zabíjejí i po 50 letech | 100+1 zahraniční zajímavost

Gambar 7 : contoh tempayan batu gergasi yang terdapat di Laos 



5) Binaan Batu Bertigkat (Punden  Berundak) 

- Binaan Punden Berundak ini bukanlah dilihat sebagai binaan bangunan sebaliknya ia merupakan pengubahsuaian masyarakat setempat di Indonesia untuk membentuk struktur bertingkat dengan memotong lereng bukit seolah-olah membentuk tangga yang bersaiz besar. Persekitaran kawasan gunung ini seolah-olah menyerupai sebuah taman yang mengelilingi bukit kecil dengan susun atur batu yang membentuk tangga dan di puncaknya pula terdapat candi atau kuil kecil yang akan dijadikan tempat penyembahan dewa dan dewi. Bahan utama untuk membentuk binaan batu di lereng bukit ini adalah dengan menggunakan tanah dan batu pelbagai saiz. Ciri binaan Punden Berundak ini dikatakan sama dengan seni bina agung dunia seperti Piramid dan juga taman tergantung Babylon di Mesopotamia.


Berkas:Punden berundak pada taman.jpg - Wikipedia bahasa Indonesia,  ensiklopedia bebas

Gambar 8 : contoh binaan Punden Berundak yang terdapat di Indonesia 



6) Sakrofagus

- Sakrofagus dapat dikenali sebagai mangkuk bulat besar yang diperbuat daripada batu dan fungsinya pula adalah untuk menyimpan mayat. Bahagian luar Sakrofagus juga turut diberikan pelbagai corak dan ukiran yang dianggap mempunyai kaitan dengan kehidupan si mati ataupun ia menjadi lambang kepada kehidupan masyarakat pada waktu tersebut.


Ciri, Fungsi Dan Tempat Penemuan Sarkofagus - Idsejarah

Gambar 9 : contoh reka bentuk sakrofagus yang digunakan sebagai pemakaman mayat



7) Arca Batu 

- Pembinaan arca batu atau patung dikatakan merupakan salah satu kebudayaan megalith yang agak menarik untuk dikaji kerana arca batu biasanya akan digunakan dalam upacara penyembahan nenek moyang atau sebagai hiasan masyarakat setempat. Arca batu ini biasanya diukir dengan menggunakan pelbagai jenis ukiran dan kadang-kadang ukiran pada arca batu dibentuk seakan-akan rupa binatang seperti hariamu, gajah dan burung yang bertujuan untuk melambangkan semangat hutan. Pembuatan arca batu ini biasanya akan dipahat di setiap batu-batu yang dikatakan sudah mempunyai bentuk tertentu dan ia memudahkan urusan ukiran dilaksanakan. Malah bukan itu sahaja, dikatakan juga ada sesetengah arca batu yang dihasilkan mempunyai imej seakan-akan  manusia.


Situs Megalitik: Perbedaan Menhir, Dolmen, Sarkofagus, Waruga |  Gurugeografi.id

Gambar 10 : contoh arca batu yang berupakan manusia zaman kuno




KONSEP BATU MEGALITIK 



1) KONSEP BATU HIDUP 

- Kebudayaan Megalitik turut dikenali sebagai kebudayaan batu hidup. Konsep ini dikatakan dapat dilihat di Negeri Sembilan dan Melaka dimana masyarakat kuno di negeri tersebut beranggapan bahawa setiap bongkah batu yang dijumpai atau dihasilkan mempunyai nyawa dan roh yang tersendiri. Malah, dikatakan arca batu yang dihasilkan di Sumatera pula dikatakan telah diukir dengan menggunakan muka manusia yang ganas semata-mata bagi melambangkan simbol elemen kuasa ghaib atau elemen super natural yang wujud di alam. Batu Megalith yang dianggap hidup juga kadang-kadang dianggap sebagai batu sumpah khususnya dalam kalangan masyarakat tempatan di Sabah. Batu tersebut dikatakan berfungsi sebagai tempat suci untuk melafazkan ikrar dan juga janji dengan cara bersumpah. Tujuan utama ia dilakukan adalah untuk memastikan seseorang yang dipilih  untuk memimpin atau memerintah itu benar-benar orang yang adil dan benar. Kepercayaan kepada roh batu megalitik menyebabkan masyarakat kuno zaman megalitik mengagungkan batu-batu yang dihasilkan oleh mereka dan ada kalanya batu megalitik tersebut juga dipamerkan sebagai simbol kekeluargaan mereka.



2) KONSEP RITUAL DAN PEMUJAAN 

- Sepertimana yang kita ketahui, batu megalitik dan juga konsep ritual penyembahan tidak dapat dipisahkan perkaitannya. Batu megalitik terutama sekali Menhir dihasilkan semata-mata untuk tujuan penyembahan terutamanya kepada roh nenek moyang. Batu menhir dianggap akan mententeramkan roh nenek moyang dan seterusnya menjamin kesejahteraan hidup masyarakat yang menyembahnya. Batu jenis menhir juga dianggap akan lebih disembah sekiranya ia diperbuat khusus kepada orang yang mempunyai pangkat tinggi dalam masyarakat atas tanggapan ia memberi tuah kepada si penyembah dan turut bertindak sebagai pengiktirafan kepada roh si mati untuk membolehkan sumbangannya terus diingati oleh generasi masa hadapan. Malah dikatakan juga bahawa ada batu megalitik yang dihasilkan semata-mata atas tujuan pemujaan pertanian semata-mata untuk memastikan hasil tuaian sentiasa baik dan bertambah. Contohnya, upacara penyembahan benih padi yang disusun disekeliling batu menhir telah dilakukan semata-mata untuk memastikan hasil tuaian itu adalah berkualiti dan tidak dijangkiti sebarang penyakit seterusnya ia juga turut disertakan dengan upacara tahlil dan juga pembacaan mantera.


KEBUDAYAAN MEGALITH DI SEMENANJUNG MALAYSIA DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN  ETNOARKEOLOGI - PDF Free Download

Gambar 11 : contoh upacara ritual yang dilakukan terhadap batu megalitik jenis menhir



3) KONSEP GOTONG ROYONG 

- Satu nilai sosial daripada kebudayaan megalitik yang dianggap kurang diketengahkan dalam kajian adalah wujudnya nilai kebersamaan dalam usaha pembuatannya. Sepertimana yang kita ketahui, batu megalitik biasanya bersaiz besar dan beratnya dianggarkan bertan dan hal ini sudah pasti memerlukan kerjasama yang menyeluruh daripada masyarakat setempat untuk menggerakkan batu tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan hal ini memaparkan nilai kerjasama menerusi konsep gotong royong sama ada dalam proses pembuatan mahupun proses pengalihan batu tersebut secara bersama. Hasrat untuk membina batu megalitik juga pastinya akan dicadangkan oleh ketua suku atau ketua kampung yang mempunyai jawatan tinggi dan hal ini membolehkan arahan tersebut diterima dan seterusnya dilaksanakan secara bersama oleh masyarakat setempat. Contohnya, dalam kalangan masyarakat Kelabit pembinaan batu megalitik biasanya akan dilakukan secara bersama dan ia juga turut melibatkan bantuan daripada penduduk kampung lain. Dalam acara pembuatan batu megalitik juga disertakan Irau (Pesta) bagi menggalakkan masyarakat setempat dan masyarakat kampung lain untuk menyertainya dan seterusnya selepas pesta masyarakat akan bertungkus lumus secara bersama bagi menyiapakan binaan batu megalitik.


Nias Island – The Last Surviving Megalithic Culture - Crypto-Anthropologist

Gambar 12 : contoh aktiviti gotong-royong untuk mengalihkan batu megalitik 



4) KONSEP STATUS SOSIAL 

- Batu megalitik yang dibina juga turut menjadi simbol dan pengiktirafan kepada kelas masyarakat tertentu khasnya golongan pemimpin dan pemerintah. Masyarakat kuno pada zaman megalitik terutamanya golongan pemimpin beranggapan bahawa seni bina batu megalitik dengan ukuran yang besar akan melambangkan kehebatan dan keagungan seseorang individu itu dan hal ini juga akan membolehkan jasa seseorang pemimpin terus dihargai dan diingati sumbangannya dan ia secara tidak langsung turut memberi pengiktirafan kepada keluarga si mati. Contohnya, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan di tapak megalitik Negeri Sembilan terutamanya di Taboh, Naning ia telah menunjukkan kebanyakkan batu megalitik telah dijumpai di dalam lot pemilik perumahan atau tuan tanah di kawasan perkampungan. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan bahawa batu megalitik sememangnya dibina untuk memaparkan status sosial seseorang individu khususunya golongan penting dalam masyarakat seperti ketua suku, ketua kampung, alim ulama dan juga golongan kerabat diraja.



5) KONSEP SIMBOL PENGHORMATAN 

- Penghormatan kepada binaan batu megalitik juga turut mendorong masyarakat untuk mengaitkannya dengan nama gelaran untuk seseorang. Gelaran seseorang tokoh tersebut biasanya akan dikaitkan dengan elemen kehebatan, keramat, magis dan sebagainya bagi menunjukkan penghargaan kepada tokoh yang telah mati atas sumbangan besar yang telah dilakukannya sama ada ke atas masyarakat yang dipimpin atau negeri yang dipimpin. Contohnya, kebudayaan megalitik yang terdapat di Negeri Sembilan dan Melaka ada yang disebut sebagai Datuk Tua, Datuk Nisan Tinggi, Datuk Serban Kuning dan sebagainya. Tamabahan lagi, contoh lain penggunaan gelaran kepada batu megalitik dapat dilihat di negeri Melaka apabila ada sesetengah batu megalitik digelar dan diberi nama bersempena tokoh tempatan seperti Nenek panjang, Nenek Limau, Nenek Timah, Datuk Bongsu, Datuk Maharajalela dan sebagainya. Gelaran yang diberikan oleh masyarakat tempatan terhadap batu megalitik ini menguatkan lagi unsur pemujaan atas tanggapan dan kepercayaan batu megalitik tersebut sangat berkuasa dan mempunyai semangat roh yang perlu ditenteramkan untuk menjamin keamanan dan keselamatan penduduk setempat.



KEBUDAYAAN MEGALITH DI SEMENANJUNG MALAYSIA DARI PERSPEKTIF SOSIOBUDAYA DAN  ETNOARKEOLOGI - PDF Free Download

Gambar 13 : contoh batu megalitik Nenek Panjang yang dijumpai di Pulau Sebang, Melaka


KESIMPULAN :

    Kesimpulannya, peradaban zaman megalitik merupakan satu tempoh peradaban dunia yang menarik untuk dikaji kerana peradaban megalitik yang dicirikan oleh pembuatan batu-batu bersaiz besar telah menjadi asas kepada kemunculan zaman logam yang seterusnya membawa hampir kepada zaman kemodenan manusia. Segala khazanah yang diperoleh daripada tinggalan zaman megalitik seharusnya diteladani dan diambil pengajaran oleh generasi muda walaupun zaman megalitik tersebut diwarnai dengan unsur bersifat khayalan dan dongeng namun kepentingan zaman megalitik dalam menyumbang kepada ketamadunan dunia tidak dapat disangkalkan lagi. Malah, zaman megalitik yang berlaku di dunia bukan sahaja meninggalkan tinggalan sejarah yang penting malah turut menjadi identiti peradaban masyarakat di sesebuah negara tersebut.



RUJUKAN UTAMA 

Adnan Jusoh, Yunus Sauman@ Sabin, Ruzairy Arbi & Zuliskandar Ramli, 'Kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya dan Etnoarkeologi', 'Jurnal Arkeologi Malaysia', No.1, Bil 31, 2018, hlm. 1-18.




Catatan Penulis Blog :

"Diharapkan apa yang cuba disampaikan oleh penulis blog ini, dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada generasi yang akan datang untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan kemunculan zaman megalitik di dunia." Sekian terima kasih..................





Wednesday, 18 March 2020

DISCOVERY OF THE PERAK MAN IN MALAYSIA


PENGENALAN

     Perak Man merupakan rangka manusia zaman Paleolitik yang telah dijumpai di Gua Gunung Runtuh yang terletak di kampung Lenggong Ulu Perak dan dikatakan hidup dalam jangka masa 10,000 hingga 11,000 tahun lalu. Perak Man dikatakan hidup pada peringkat akhir zaman Paleolitik. Rangka tersebut dikatakan telah dijumpai di Gua Gunung Runtuh yang terletak di bahagian Timur Bukit Kepala Gajah dan ketinggian gua tersebut adalah lebih kurang 150 meter dari aras laut. Proses ekskavasi bagi penemuan rangka Perak Man dikatakan telah dijalankan pada bulan Mei dan Jun pada tahun 1990 dan kemudian diteruskan lagi pada tahun 1991 oleh sekumpulan ahli akademik dan pelajar arkeologi USM dan ia turut melibatkan tenaga teknikal daripada muzium negara bersama beberapa penduduk kampung yang tinggal berhampiran Gua Gunung Runtuh tersebut. Secara umumnya, Perak Man merupakan rangka tengkorak manusia Paleolitik yang dikatakan hampir sempurna yang pernah ditemui di Asia Tenggara. Perak Man merupakan kelompok manusia Australomelanesoid yang hidup berkumpulan dan aktiviti utamanya adalah berburu dan mumungut hasil hutan.


                                   


                                         GAMBAR 1 : TAPAK EKSKAVASI DI GUA GUNUNG RUNTUH, PERAK

Ekskavasi Rangka Perak Man :

          Semasa proses ekskavasi dijalankan di Gua Gunung Runtuh, para penyelidik telah menjumpai beberapa alatan tangan batu berhampiran dengan kawasan Perak Man dijumpai. Antara alatan yang dijumpai mereka adalah penukul, anvil, batu sungai, kapak tangan dan lain-lain lagi. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh ahli palaeoantropologist dan ahli antropologi terutama sekali Teuku Jacob dan Agus Soepriyo telah berjaya membuktikan satu kajian tentang penemuan Perak Man. Mereka telah mengesahkan bahawa Perak Man tergolong di bawah kelompok Australomelanesoid dengan berketinggian 157 cm dan Perak Man dianggarkan mati ketika berusia 40-45 tahun dan Perak Man juga merupakan manusia pra-sejarah pertama yang mengalami kecacatan genetik iaitu menyebabkan tangan kirinya agak pendek daripada tangan kanannya atau lebih dikenali dengan 'brachymesophalangia'. Manakala tengkorak Perak Man pula telah dikaji oleh Loh Hong Sai untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai umur ketika mati, jantina dan bentuk wajah Perak Man yang turut dikenalpasti dengan bantuan dua penyelidik yang telah disebutkan tadi. Kajian lanjut mengenai tengkorak dan tulang Perak Man telah diteruskan oleh Jamaludin dan Nazalan yang membawa kesimpualan bahawa Perak Man mempunyai sikap suka berjongkok dalam tempoh yang lama sejak dari awal peringkat kehidupannya. Perak Man menderita penyakit sakit lutut yang lama dan ia tidak membolehkan Perak Man berjalan untuk suatu tempoh yang lama. Tambahan lagi, bagi kawasan pengebumian Perak Man pula telah disiasat oleh Zuraina di mana beliau telah menjumpai satu perkuburan ritual keagamaan yang dikelilingi oleh barang-barang penyembahan pada zaman dahulu.


   

                    GAMBAR 2 : RANGKA PERAK MAN YANG DIPAMERKAN DI MUZIUM LENGGONG, PERAK


           Rangka manusia Pra-sejarah Perak Man juga dikatakan telah dijumpai dalam jarak 6 meter dari pintu Gua Gunung Runtuh dan kedudukannya adalah dalam keadaan Foetal Position. Mengikut kajian Zuraina Majid juga, beliau berpendapat rangka manusia Perak Man merupakan rangka manusia epi-paleolitik yang paling lama telah dijumpai berbanding dengan rangka manusia zaman paleolitik lain yang pernah dijumpai di Asia Tenggara. Di samping penemuan rangka Perak Man di Gua Gunung Runtuh, terdapat juga beberapa gua lain yang berhampiran kawasan Gua Gunung Runtuh  turut merekodkan penemuan rangka manusia prasejarah paleolitik seperti penemuan rangka manusia yang berjantina wanita dalam lingkungan 20 tahun di Gua Kajang yang telah diemui oleh pakar arkeologi luar negara iaitu Evans (1918) dan Duckworth (1934). Terdapat juga beberapa contoh gua lain yang turut mencatatkan penemuan rangka manusia seperti Gua Kerbau dan Gua Kepah. Segala penemuan ini telah membuktikan bahawa kawasan daerah lenggong Perak dapat dikatakan telah menjadi kawasan petempatan awal manusia Pra-sejarah terutama sekali pada era Paleoltik sekitar tempoh 40,000 tahun yang lalu. Tambahan lagi tengkorak manusia yang dijumpai di Gua Kajang, Gua Kerbau dan Gua Kepah juga dikenalpasti mempunyai sejarah kebudayaan yang sama dengan manusia Perak Man yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh, Perak. Dalam menjalani kehidupan harian, kesemua manusia pra-sejarah tersebut dikatakan telah menggunakan alatan pra-ceramic atau lebih dikenali sebagai alatan batu "Sumatralith", kapak batu dan alat repihan. Penggunaan alatan batu tersebut adalah lebih lazim digelar sebagai zaman "Hoabinhian".



                                  GAMBAR 3 : CONTOH KAWASAN PELVIS DAN GIGI PERAK MAN

               Sepertimana yang kita sedia maklum, rangka manusia Perak Man telah dijumpai pada tahun 1900 dan berjaya dikeluarkan  sepenuhnya pada tahun 1991. Gambaran dan petunjuk pertama tentang kewujudan rangka Perak Man di kawasan Gua Gunung Runtuh dapat dikenalpasti apabila terdapatnya timbulan tulang rangka panjang dan sebahagian tengkorak manusia (60-70cm) dan direkodkan juga penemuan tulang rangka secara sepenuhnya dapat dikesan apabila tulang rangka tersebut berjaya dikeluarkan dan diukur untuk mengenalpasti panjangnya lebih kurang (90-100cm). Setelah dikenalpasti rangka tulang Perak Man, ternyata Perak Man dikebumikan dalam bentuk "Foetal position" dalam sebuah parit tanah yang panjangnya lebih kurang 70 cm dan dikatakan juga bentuk "Foetal position" tersebut adalah digambarkan dalam bentuk anak dalam kandungan dan ia menyebabkan sesetengah ahli arkeologi berpendapat ia menandakan kepercayaan masyarakat dahulu tentang kehidupan selepas mati dan ia dibuktikan apabila rangka Perak Man ditemui, kawasan makam perkuburannya dijumpai beberapa barangan alatan batu yang ditanam sekali berhampirannya. Keadaan geografi dalaman Gua Gunung Runtuh yang berada pada kedudukan horizontol menegak juga menjadikan rangka Perak Man mudah dikesan oleh ahli arkeologi.



                Gambar 4 : Rangka Perak Man yang berada pada kedudukan "Foetal Position"


              Jenis jantina Perak Man juga dapat dikenalpasti sebagai seorang lelaki dewasa apabila kajian yang menyeluruh telah dilakukan ke atas lingkungan pelvis, tulang belakang dan juga bahagian tengkoraknya. Tarikh kematian Perak Man juga dianggarkan dalam lingkungan 40-55 tahun namun menurut pandangan Teuku Jacob pula rangka tersebut adalah berusia 40-45 tahun. Berdasarkan garisan menegak dan melintang kawasan perkuburan Perak Man, para ahli arkeologi turut menemui alatan batu dan barangan lain pada kedudukan yang sama dengan rangka Perak Man. Melalui jumpaan tersebut, telah dibuktikan bahawa Perak Man telah dikebumikan bersama bahan makanan, cengkerang siput dan juga beberapa alatan batu yang digunakan untuk berburu dan keguaaan seharian. Secara keseluruhannya terdapat lebih kurang 10 artifak batu yang dijumpai di perkuburan Perak Man iaitu meliputi 3 penukul batu, 3 kapak genggam, 1 batu sungai dan juga 4 alatan batu yang mempunyai pelbagai fungsi telah ditemui. Di samping penemuan rangka Perak Man terdapat juga penemuan rangka binatang yang beratnya dianggarkan lebih kurang 1.261 Kgs  yang tertanam berhampiran perkuburan Perak Man dan dikatakan hampir 90% tulang binatang tersebut sukar dikenalpasti spesiesnya sehingga hari ini.


Ritual Pengkebumian :

      Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh ahli arkeologi, Perak Man sebenarnya tidak dtinggalkan begitu sahaja semasa ia mati malah, diktakan sukunya telah melakukan satu upacara pengkebumian yang khusus kepada Perak Man. Dari segi binaan makam Perak Man telah dapat dibuktikan bahawa terdapat banyak ruang di sekelilingnya telah diisi dengan pelbagai jensi alatan batu dan terdapat juga tinggalan sisa makanan di bawah dan sebelah badannya. Kajian juga turut menemukan bahawa terdapat lebih kurang 3,000 cengkerang sungai yang dapat dikumpul dan para ahli arkeologi juga membuat andaian yang berasas bahawa terdapat 5 jenis daging haiwan yang ditanam ataupun mati di dalam gua tersebut dan antaranya adalah monyet, khinzir, biawak, kura-kura dan juga rusa. Seterusnya, muka Perak Man juga dikatakan berada pada kedudukan yang condong ke sebelah kanan dan tubuh badannya juga turut diselaputi cengkerang sungai yang besar dan di bahagian bawah dan sekitar badannya terdapat pelbagai alatan batu kepunyaannya dan juga daging-daging haiwan yang ditanam sekali. Penyediaan cengkerang sungai sebanyak 2,878 biji diikuti dengan penemuan daging telah menunjukkan usaha puak Perak Man untuk menjayakan proses pengebumian yang penuh ritual kepercayaan ini. Secara ringkasnya, tidak dapat dibuktikan sama ada benar Perak Man mati akibat diseksa tetapi ahli arkeologi percaya Perak Man mati kerana sakit tua ataupun kerana kecacatan fizikal yang dialaminya sepanjang beliau hidup untuk tempoh sehingga 45 tahun. Walaupun Perak Man mati di usia yang awal namun ia telah menunjukkan kepada kita bahawa Perak Man merupakan manusia zaman Paleolitik yang mempunyai pengetahuan yang luas untuk terus hidup, berburu dan berkumpul sebagai satu puak manusia era Paleolitik peringkat akhir.


           GAMBAR 5 : CONTOH RITUAL PENGKEBUMIAN PERAK MAN DENGAN "FOETAL POSITION"


Pendekatan DNA Perak Man :

           Lapangan ilmu seperti geoglogi, kimia organik, biokimia, imunologi dan pelbagai cabang ilmu lain dikatakan amat penting dalam usaha untuk membantu usaha-usaha pengkajian sejarah rangka Perak Man di Gua Gunung Runtuh. Kajian biokimia merupakan kajian yang amat sukar dilakukan ke atas mana-mana rangka manusia termasuklah rangka Perak Man kerana ia melibatkan anggaran rahun dan proses saintifik yang panjang untuk mengenalpasti umur atau sel tengkorak manusia tersebut. Semua hidupan mengandungi "biochemical polymers" yang penting bagi menunjukkan terdapatnya proses kehidupan harian. Polimer tersebut biasanya mengandungi protein, asid molekul, karbohidrat, lemak dan molekul kompleks yang lain.


Lapisan tanah Gua Gunung Runtuh :

       Jenis lapisan tanah yang berbentuk morphologikal dan micromorphologikal yang terdapat di dalam Gua Gunung Runtuh adalah berbeza dari tanah yang terdapat pada daratan kerana tanah di Gua Gunung Runtuh adalah dipengaruhi oleh interaksi fauna terutama sekali najis kelawar yang menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah tanah organik dan seterusnya mampu mengubah struktur tanah di gua tersebut. Aktiviti manusia di gua tersebut untuk tempoh yang lama juga akan turut berubah bersama tanah tersebut. Penambahan terhadap kandungan mineral dan bahan organik juga turut mempengaruhi keadaan rangka Perak Man untuk satu tempoh yang lama.


     
          GAMBAR 6 : CONTOH LUKISAN BATU YANG TERDAPAT DI GUA GUNUNG RUNTUH



KESIMPULAN : 

          Kesimpulannya, penemuan rangka Perak Man di Gua Gunung Runtuh di Ulu Lenggong Perak menandakan tentang permulaan bagi petempatan manusia awal zaman Paleolitik. Penemuan tersebut telah memberi impak positif kepada bidang arkeologi negara dan seterusnya membuktikan kepada dunia luar tentang kekayaan khazanah sejarah yang dimiliki oleh negara kita yang sepatutnya dihargai, dipelajari dan dikekalkan kewujudannya untuk tatapan generasi akan datang.



Sekian Terima Kasih, diharapkan blog ini dapat memberi lebih maklumat kepada pembaca dan penulisnya sendiri........................
     








Monday, 9 March 2020

The Archaeological Record of Early Austronesian Communities

Part 1 : The Origins of Agriculture in Southern China and South-East Asia


       Secara umumnya, arkeologi yang melibatkan zaman agrikultur atau pertanian adalah bermula di China dan Selatan Timur Asia. Hal demikian adalah kerana, iklim dan geografi fizikal di kawasan tersebut dikatakan sesuai untuk aktiviti pertanian tanaman makanan. Terdapat bukti yang mengatakan bahawa aktiviti penanaman pokok dan ubi mengambil tempoh masa yang lama untuk dilaksanakan. Mengikut pendapat yang telah dikemukakan oleh Gorman's, beliau menegaskan bahawa beras ataupun benih padi merupakan tanaman yang paling awal menjadi tanaman domestik bagi bagi wilayah Selatan China dan juga wilayah tanah besar Asia Tenggara. Pendapat Gorman's tersebut telah dibuktikan melalui catatan arkeologi beliau yang mengatakan bahawa penduduk kelautan biasanya tidak menanam tanaman gandum pada zaman pra-sejarah. Namun demikian, pendapat Gorman's ini adalah bertentangan dengan kajian arkeologi secara menyeluruh yang membuktikan bahawa tanaman gandum, ubi dan dan buah-buahan merupakan tanaman asas yang ditanam oleh masyarakat pra-sejarah terutama sekali di kawasan kampung yang mempunyai iklim dan sumber air yang mencukupi. Walaupun demikian, bukti tersebut juga dikatakan masih kurang kukuh kerana masyarakat di  kawasan rantau New Guinea dan Selatan Amerika yang mengamalkan corak pertanian sara diri dikatakan tidak bergantung kepada tanaman ubi dan gandum sebagai tanaman utama mereka sebaliknya situasi pula berlainan di selatan China kerana masyarakatnya pula lebih menanam tanaman asas iaitu padi dan juga millet yang dikatakan sesuai dengan iklim negara China.


       Manakala mengikut pendapat yang dikemukakan oleh Chang (1981), beliau telah menegaskan bahawa perubahan demografi dari semasa ke semasa dan juga tekanan yang diberikan oleh manusia terhadap sumber alam melalui kegiatan perburuan juga telah menyebabkan sumber  pertanian semakin berkurangan dan hal ini seterusnya menjejaskan kitaran ekosistem. Oleh itu, beliau telah mencadangkan penanaman semula bagi menyeimbangkan permintaan dan kelangsungan makanan asas tersebut. Timbul juga tentang persoalan tentang mengapa bidang penanaman atau agrikultur harus diperkembangkan secara meluas terutama sekali daripada zaman Holocene sehinggalah zaman sekarang. Persoalan tersebut dikatakan terjawab apabila benua Selatan Barat Asia telah menjadi satu kawasan yang baik dan subur untuk menjalankan aktiviti pertanian terutama sekali tanaman bijirin, padi dan tanaman millet.


        Secara umumnya,  era Pleistocene merupakan satu era atau zaman di mana keadaan bentuk muka bumi pada ketika itu adalah kebanyakkannya diselaputi ais dan hal ini menyebabkan aktiviti penanaman agrikultur tidak dapat dilaksanakan oleh manusia pada zaman ais kerana permukaan tanah untuk penanaman tumbuhan dianggap kering dan ia menyukarkan proses petumbuhan tanaman yang ingin ditanam. Namun demikian, setelah sekian lama bumi diselaputi era Pleistocene, ternyata ia telah membawa satu perubahan iklim yang besar pada sekitar tahun 12 000 bce. Perubahan iklim tersebut adalah lebih terarah kepada cuaca musim panas yang membolehkan pelbagai kegiatan pertanian dapat ditanam secara menyeluruh oleh sekolompok kumpulan manusia pra-sejarah iaitu puak nautifian di mana dengan adanya sistem penanaman tersebut ia dapat memenuhi keperluan makanan masyarakat tersebut yang rata-ratanya memerlukan gandum sebagai bekalan untuk musim sejuk. Mengikut kajian moden pula terutama sekali daripada kajian pihak pemburu telah menunjukkan tentang penurunan jumlah  populasi puak natufian yang dikatakan menjadi semakin merosot dan hal ini seterusnya memaksa puak tersebut untuk melahirkan lebih ramai anak bagi menampung kekurangan anggota keluarga mereka. Situasi ini menyebabkan pergantungan penduduk terhadap makanan seperti bijirin juga semakin meningkat. Permintaan makanan yang semakin meningkat  telah mendorong puak nautifian untuk menjalankan aktiviti pertanian yang berskala besar dengan menggunakan kaedah penanaman yang lebih sistematik dan ia turut diikuti oleh keadaan cuaca yang panas dan lembap yang membantu proses penanaman makanan menjelang tahun 8 000 bce. Segala bukti ini telah menunjukkan kepada kita bahawa puak nautifian merupakan kelompok manusia yang pertama sekali di dunia memperkenalkan kaedah atau teknik penanaman tanaman makanan terutama sekali tanaman gandum.


          Tambahan lagi, ia juga adalah tidak mungkin untuk mengambil model kajian pertanian daripada puak nautifian untuk disamakan dengan kehidupan masyarakat di benua asia timur. Hal demikian adalah kerana kebanyakan pengkaji tidak tahu tentang kegiatan pertanian di China atau tanah besar Asia Tenggara sehingga muncul penemuan kampung Neolitik yang telah menunjukkan bahawa wujudnya penanaman millet dan padi dalam kuantiti yang besar di kawasan tersebut pada tahun 6000 bce. Menurut White, tanaman millet dan gandum dikatakan semakin meningkat ekoran keadaan suhu dan geografi yang baik  berhampiran banjaran Himalaya. Cuaca yang panas, lembap dan taburan hujan yang sekata telah menamatkan zaman Pleistocene. Bagi benua Asia Selatan Barat pula, tanaman gandum berlaku selama beberapa kali dalam tempoh setahun berbanding dengan zaman Pleistocene di  mana kekerapan tanaman gandum adalah tidak menyeluruh dan tiada bukti juga manusia melakukan kegiatan penanaman tanaman gandum pada zaman tersebut.


          Pada peringkat awal tempoh Holocene ia merupakan penanda awal bagi permulaan kepada penghasilan tanaman makanan yang lebih meluas terutama sekali foxtail millet yang telah ditanam secara meluas di sungai kuning basin pada tahun 6000 BC dan juga tanaman padi tahunan di perkampungan Yangtze pada tahun 5000 BC. Menurut Oka (1975) dan Chang (1976), penanaman  padi secara moden secara khabar angin mengatakan ia telah dimulakan di kawasan timur laut India merentasi Asia Tenggara sehinggalah ke selatan China. Mengikut bukti arkeologi pula tahun padi liar biasanya berlaku di kawasan paya yang mempunyai kelembapan dan kawasan air yang mencukupi untuk pertumbuhan terutama sekali pada musim panas. Kebanyakan penulis atau pengkaji moden pula percaya bahawa penanaman awal  padi dilakukan di kawasan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi walapun sentiasa terjadi banjir semulajadi dan hal tersebut juga telah menjadi satu beban yang perlu dipikul oleh negeri di utara Thailand dan di kawasan rendah Yangtze di mana bermulanya penanaman padi. Kawasan rendah Yangtze yang bertempat di wilayah Zhejiang dan Jiangsu pula telah menjadi pusat penanaman padi secara domestik. Kajian terhadap penanaman padi pada peringkat awal turut dikatakan sukar untuk dibuktikan kewujudannya sama ada di benua India mahupun Thailand namun bukti tersebut tidak dibincangkan secara menyeluruh. Malahan, dikatakan juga lokasi kawasan rendah di Yangtze adalah sangat penting kerana kawasan utara Yangtze menyumbang kepada kewujudan tahun penanaman padi sehinggalah hari ini dan kemungkinan besar juga pada peringkat awal era Holocene ia telah mengubah landskap dan iklim menjadi lebih lembap dan panas dan ia dianggap sesuai untuk penanaman padi.


            Tambahan lagi, terdapat juga kemungkinan besar bahawa pembangunan pertanian telah diikuti oleh benua selatan barat asia  di mana kehidupan harian mereka adalah bergantung kepada pertanian padi liar dan ia dikatakan mulai berkembang pada peringkat awal era Holocene dan pertumbuhan tanaman tersebut dikatakan berubah kepada kaedah penanaman yang lebih sistematik eroran pertambahan penduduk yang pesat dan ia seterusnya menjadi pengimbang kepada peningkatan populasi manusia yang diseimbangkan dengan peningkatan sumber makanan. Secara ringkasnya model idea penanaman  padi mengikut model arkeologi pula telah membuktikan dengan jelas bahawa sistem pertanian yang sistematik sememangnya diamalkan di wilayah Zhejiang pada tahun 5000 BC.
Pada peringkat awal penanaman padi, berkemungkinan besar terdapat kajian untuk meningkatkan produktiviti tanaman padi dan ia dikatakan mampu untuk meningkatkan saiz padi dan juga bilangan padi yang boleh dituai pada setiap tahun dan sudah pastilah perubahan terhadap penanaman padi tersebut dikatakan tidak berlaku dalam tempoh masa yang singkat terutama sekali di kawasan utara Thailand yang menggunakan kaedah pertanian moden untuk menanam padi.


B. Stage 2

            Sepertimana yang kita sedia maklum, pembesaran kawasan pertanian pada tahun 2 500 BC telah menyebabkan berlakunya perubahan daripada tanaman bijirin kepada penanaman ubi yang tidak bermusim dan juga buah-buahan. Kawasan kepulauan Asia Tenggara yang mempunyai musim monsun dikatakan sesuai untuk penanaman bijirin namun disebabkan berlakunya kebakaran hutan maka ia turut memusnahkan kawasan penanaman bijirin tersebut. Pertumbuhan tanaman boleh menjadi proaktif sepanjang tahun apabila terdapatnya hutan hujan yang dikatakan mampu untuk menyediakan kelembapan yang mengcukupi dan mengelakkan berlakunya kebakaran hutan. Jadi terdapat juga kerisauan yang jelas tentang pembangunan sistem pertanian yang dikatakan akan menyebabkan sedikit kemusnahan kepada kawasan hutan. Perkembangan sistem pertanian moden juga turut tersebar ke kawasan Indonesia dan Melanesia. Manakala bagi kawasan Naulu pula yang terletak di kawasan Seram telah menghasilkan penanaman ubi taro, keladi, pisang dan juga sagu dan ia ditambah lagi dengan 15 spesies tanaman baru seperti kelapa, tebu dan sebagainya. Dikatakan juga disebabkan benua tersebut tidak bergantung kepada musim panas dan lembap maka mereka perlu membakar kawasan hutan semata-mata untuk penanaman semula dan kedaaan ini dikatakan tidak sesuai kepada masayarakat neolitik. Contoh yang lain pula datang daripada Mentawai yang terletak di Timur Sumatera di mana kumpulan ini turut menanam gandum terutama sekali menanamnya di kawasan lautan tropika dan bukti ini dikatakan mula membentuk perwatakan ekonomi orang Austronesia selepas tahun 2 500 BC.


          Perlu juga diingati bahawa sistem pertanian agrikultur dikatakan bermula dengan ubi dan juga buah-buahan pokok yang telah ditanam secara menyeluruh di New Guinea dan bukti secara terus juga dapat dibuktikan pada tahun 7 000 BC di kawasan perkmapungan Wahgi yang terletak jauh di pedalaman Papua New Guinea. Terdapat juga bukti yang menyatakan bahawa kawasan timur Melanesia telah terdapat sekumpulan kelompok manusia yang menjalankan aktiviti pertanian sebelum tempoh perluasan orang Austronesia. Dikatakan juga kawasan pertanian yang muncul di timur Melanesia dikatakan amat penting kepada bukti arkeologi telah memberi kesan yang mendalam terhadap pembangunan arkeologi di kawasan Indo-Malaysia.


C. Stage 3


          Sepertimana yang kita sedia maklum, perubahan tanaman ubi kayu dan penanaman buah-buahan telah mula dibubah oeh kumpulan Austronesia yang tinggal di kawasan kelautan selepas tahun 1 500 BC. Peluasan kegiatan penanaman ini biasanya bertempat berhampiran kawasan yang lembap seperti di sekitar paya bagi membolehkan kesuburan pertanian tersebut terus terpelihara oleh orang-orang Proto-laut atau Austronesia. Tanaman ubi kayu adalah tanaman yang tidak meluas di kawasan Asia Tenggara kerana tanaman padi lebih mendominasi kawasan di Asia Tenggara. Jadi kawasan tanaman yang baik ini dikatakan telah membawa kejayaan kepada bangsa Austronesia kerana ia telah menunjukkan bagaimana persekitaran yang kondusif dapat menjamin kegiatan pertanian.


D. Stage 4


         Pada tahun 3 000 BC lalu, sistem penanaman pada kebiasaannya terletak di kawasan paya tetapi bagi negara utara  taiwan dan filipina pula tanaman bijirin menjadi semakin penting. Bagi kawasan khatulistiwa pula, penanaman bijirin turut dianggap penting terutama sekali di kawasan kepulauan timur Borneo dan Sumatera dan terdapat juga bukti baik yang mengatakan tanaman ubi dan buah-buahan telah menjadi tanaman yang dominan di kawasan timur Indonesia dan juga di kawasan Oceania. Penanaman padi di kawasan paya telah mengalami perubahan yang drastik sehingga menyebabkan munculnya tanaman padi basah yang dilakukan di kawasan sawah atau bendang. Sistem sawah ini telah menjadi satu sistem yang baik untuk penanaman padi kerana terdapatnya sistem saliran air dan sistem tadahan hujan. Taburan hujan yang sekata telah mengubah kebanyakan landskap kepulauan terutama sekali kepulauan Jawa, Bali dan Luzon sehingga menyebabkan tiada bukti yang jelas tentang sebarang bukti arkeologi walaupun dari segi bahasa sekalipun. Terdapat juga rekod sejarah yang mengatakan penanaman padi basah di utara Vietnam adalah bermula pada tahun  200 BC  dan di selatan Thailand pula bukti arkeologi menyatakan bahawa penanaman padi basah telah mula ditanam semasa zaman besi (selepas tahun 500 BC), bersama dengan penggunaan kerbau air untuk membantu aktiviti penanaman. Kebanyakan sistem penanaman padi basah juga kebiasaannya bergantung kepada besi dan kerbau air bagi memastikan hasil tanaman padi basah dapat diusahakan secara intensif. Bangsa Polynesia juga dikatakan mampu untuk mengurus dan membangunkan sistem tanaman ubi basah sepertimana padi basah yang telah dibincangkan dengan menggunakan alatan batu tanpa bantuan haiwan.


          Tambahan lagi, ia juga tiada keraguan bahawa tanaman padi basah pada kebiasaannya bergantung kepada besi dan kerbau air sebagai teknologi asas. Namun teknologi tanaman ini bukanlah dimiliki oleh semua tamadun kerana kaedah penanaman padi basah ini dikatakan hanya sesuai digunakan di kawasan tanah Larva terutamanya di kawasan Jawa dan Bali. Penanaman padi basah di kepulauan Jawa dan Bali juga dikatakan berjaya menampung permintaan makanan yang besar semenjak hasil padi basah dapat dipertingkatkan dengan menggunakan perancangan tanah yang lebih efektif. Sistem pertanian sawah juga dikatakan dapat menjadikan tanaman padi lebih efektif kerana terdapatnya sistem saliran yang mengalirkan nutien dan seterusnya membentuk alga yang berfungsi sebagai penapis nitrogen di udara. Perkara yang paling penting atau isu utama adalah penanaman padi basah dikatakan dapat menampung jumlah keperluan makanan penduduk selagi tanah yang dibekalkan untuk kegiatan pertanian tersebut adalah luas dan semestinya juga penubuhan satu sistem pertanian yang sistematik turut memerlukan tenaga kerja yang ramai.Namun demikian masalah tersebut tidak menjadi halangan kepada para pemodal untuk terus bergiat dalam aktiviti pertanian tersebut walaupun menghadapi pelbagai jenis tekanan. Tamadun India pula dikatakan mampu untuk membantu memenuhi permintaan makanan dari Jawa dan Bali tetapi penerangan juga menjelaskan bahawa adalah sukar untuk melakukan pertanian padi basah selepas berlakunya pemindahan tanah pertanian daripada Kelabit dan Lun Dayeh daripada kepulauan Borneo. Di samping itu dikatakan juga penanaman teres di kepulauan Luzon Filipina adalah satu bentuk kegiatan pertanian yang amat menakjubkan dan ia terletak di Timur Asia.


          Kawasan penanaman padi secara teres  telah dilakukan di Luzon, Filipina di mana keluasan tambaknya adalah mencecah kepada 20 000 km di mana dalam jarak 7000 km pula adalah deretan batu dan ia juga turut disokong oleh tenaga manusia yang berjumlah 100 hingga 250 orang pada setiap kilometer. Mengikut Conklin, kaedah penanaman teres dikatakan berkembang sejak tahun 400 Bc. Namun segala maklumat tersebut dianggap tidak jelas lalu mereka membuat hipotesis bahawa kaedah pertanian teres di Luzon hanya dijalankan oleh orang kaya dan daripada keluarga yang berstatus tinggi kerana mereka dikatakan mampu memberi arahan kepasa pekerja untuk melaksanakan aktiviti pertanian. Kawasan teres pergunungan Luzon juga dikatakan sangat sesuai untuk tanaman secara berteres dan ia menjadi faktor penting kepada kejayaan Luzon.


          Secara kesimpulannya terdapat beberapa nilai murni yang boleh dipelajari iaitu, tanaman padi basah sememangnya wujud dan ia boleh dijalankan dengan pelbagai jenis cara terutama sekali teknik sistem pengairan terusan yang pernah digunakan oleh Mesopotamia dan juga China dengan menggunakan jumlah pekerja yang sistematik. Namun begitu segala sistem pertanian teres tersebut adalah lebih banyak diterangkan di kepulauan Luzon dan pusat Borneo. Di kawasan Borneo, tanaman padi basah merupakan tanaman sampingan kepada populasi manusia yang kecil dan ia juga tidak bergantung kepada kelembapan cuaca dan buruh beserta alatan untuk diusahakan. Pada abad ke 1 500 dc pula, tanaman padi sawah merupakan tanaman yang terpenting dalam sejarah arkeologi di Indo-Malaysia. Tambahan lagi, cerita moden tentang pembukaan tanah rendah berpaya untuk tanaman padi di Sumatera, Kalimantan dan Irian Jaya telah menunjukkan produktiviti persekitaran tersebut dan dikatakan dapat beradaptasi dengan perubahan teknologi semasa sehinggakan ia menjadi tarikan dan tumpuan utama dalam penyelidikan arkeologi pra-sejarah bangsa Austronesia secara keseluruhannya sehingga kini.


Sekian Terima Kasih......



       


   

Tuesday, 3 March 2020

Maksud Arkeologi


     Secara umumnya bidang arkeologi merupakan salah satu daripada cabang keilmuan sejarah yang amat penting untuk dipelajari kerana bidang arkeologi membolehkan kita untuk mengenalpasti segala bahan-bahan tinggalan sejarah sama ada yang berbentuk abstrak dan boleh disentuh seperti tinggalan alatan batu, tengkorak manusia, kepingan-kepingan batu bersurat dan sebagainya. Istilah arkeologi adalah berasal daripada perkataan yunani kuno iaitu archaics logos yang membawa maksud 'pengetahuan (tentang hal atau masa) kuno atau lampau'. Maksud arkeologi itu sendiri secara umumnya telah dibahaskan oleh beberapa orang sejarawan barat yang terkenal seperti Grahame Clark, Stuart Piggot dan James Deetz. Menurut buku yang telah dikeluarkan oleh Grahame Clark yang berjudul 'Archaeology and Society', beliau telah memberikan definisi yang jelas mengenai bidang arkeologi iaitu bidang atau ilmu arkeologi merupakan suatu kajian yang sistematik tentang benda-benda kuno sebagai suatu alat yang digunakan untuk mentafsirkan perjalanan masa lampau. Tambahan lagi walaupun masyarakat menganggap arkeologi sebagai suatu bidang yang bergantung kepada artifak dan tafsiran semata-mata, namun bagi Clark arkeologi membawa maksud yang lebih mendalam kerana ia merupakan suatu bidang yang dapat  memberikan gambaran yang lebih meluas tentang bentuk, tekstur dan nilai estetika sesebuah artifak sehinggakan ia dapat membantu para sejarawan untuk menghuraikan dengan lebih tepat perjalanan sesuatu peristiwa sejarah.



                                                                                     
                                             Gambar 1: Tengkorak manusia zaman paleolitik 

     Stuart Piggot juga turut memberikan definisi tamabahan mengenai maksud arkeologi menerusi karyanya yang berjudul 'Approach to Archaeology', di mana beliau mengatakan bahawa arkeologi merupakan satu disiplin untuk mempelajari sesuatu perkara yang tidak disedari dan ia dibuktikan dengan peninggalan benda-benda yang masih ada dan boleh dikaji. Manakala di Amerika pula ahli arkeologi yang bernama James Deetz turut memberikan definisi arkeologi menerusi karyanya 'Invitation of Archaeology', di mana beliau berpendapat bahawa arkeologi merupakan satu bidang yang sentiasa berkait rapat dengan bidang antropologi kerana antropologi dikatakan membawa maksud yang sama dengan bidang arkeologi iaitu satu kajian tentang manusia yang merangkumi aspek psikologi, fizikal dan hubungan timbal baliknya secara dua hala.


     Di samping itu, maksud bidang arkeologi juga turut dinyatakan oleh seorang ahli sejarawan indonesia iaitu R.P. Soejono ada menyatakan bahawa istilah arkeologi dirujuk kepada pengetahuan tentang hal-hal kuno atau ia lebih jelas lagi dirujuk kepada pengetahuan tentang masa lampau. Tambahan lagi, istilah arkeologi di indonesia turut mencakupi semua zaman yang bermula daripada manusia pra-homo sapiens sehinggalah zaman sekarang. Istilah arkeologi juga turut digunakan khusus terutamanya dalam penyelidikan tentang peninggalan material, yang terdiri daripada benda dan bangunan lama. Bidang arkeologi secara umumnya juga terbahagi kepada beberapa sub-disiplin dan antaranya adalah prasejarah, arkeologi petempatan, arkeologi industri, ethno-arkeologi, fizikal-antropologi dan maritim arkeologi.


     Selain itu, seorang ahli sejarawan iaitu Gordon R.Willey pula berpendapat bahawa bidang arkeologi sebenarnya berkembang melalui peredaran zaman tertentu dan pembahagiannya bergantung kepada pergerakan sejarah pada setiap zaman. Bagi Gordon R. Willey juga bidang arkeologi itu sendiri turut dibahagikan kepada beberapa zaman yang berbeza dan antaranya adalah seperti zaman spekulatif, zaman diskriptif , zaman historia-diskriptif  dan juga zaman hostoris-komparatif. Bagi Gordon R.Willey, pembahagian bidang arkeologi kepada setiap zaman itu perlu bagi membolehkan para ahli arkeologi dan sejarawan untuk mentafsir maklumat daripada artifak yang berlainan zaman dengan lebih mudah kerana terdapatnya pembahagian zaman mengikut artifak yang telah dijumpai.


     Tambahan lagi, arkeologi juga turut dianggap sebagai satu  disiplin untuk mengkaji kebudayaan masyarakat silam melalui rekod-rekod bertulis seperti tinggalan-tinggalan artifak, sisa makanan, tempat kediaman, perkuburan atau tinggalan fizikal yang dapat digunakan sebagai bukti kewujudan tamadun dan peradaban manusia. Ilmu arkeologi merupakan satu proses ekskavasi yang sistematik dengan menggunakan kaedah cari gali arkeologi. Ilmu arkeologi juga secara umumnya dibantu oleh cabang ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu geologi, paleontologi, statistik, geomorfologi dan juga seni halus. Kesemua ilmu bantu ini adalah bertujuan untuk menjadikan bidang arkeologi sebagai salah satu bidang yang dapat dibuktikan kesahihan dan ketepatannya dengan lebih benar dan disokong dengan bukti yang jelas.
   

     Kesimpulannya, bidang arkeologi merupakan satu bidang ilmu sejarah yang perlu untuk dipelajari kerana melalui arkeologi manusia pada zaman sekarang dapat mengesan peninggalan sejarah pada zaman dahulu dan seterusnya mengambil ikhtibar daripada kejayaan dan ketamadunan masa lalu untuk diterapkan ke dalam peradaban kini. Masyarakat zaman kini misalnya perlulah mengubah pandangan serong mereka mengenai bidang arkeologi kerana bagi mereka definisi arkeologi hanyalah sebagai satu kajian mengenai perkara-perkara yang telah mati. Definisi seperti ini haruslah ditukar kerana bidang arkeologi bukan sahaja mengkaji tinggalan pada masa lalu malah arkeologi turut mengkaji tentang peradaban manusia dan makhluk hidup pada zaman dahulu yang mungkin boleh dijadikan rujukan kepada permasalahan yang timbul pada zaman sekarang.

Sekian terima kasih..........




Rujukan :

Nik Hassan Suhaimi, (1977), 'Perkembangan idea, konsep dan aliran dlm arkeologi', Diakses pada 29 Februari 2020, http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php?cont=v&item=2&vols=33&art=343

RP. Soejono, "Pertemuan Ilmiah Arkeologi III", Jakarta : Departmen Pendidikan dan Kebudayaan, 1985.

Uka Tjandrasasmita, "Arkeologi Islam Nusantara", Jakarta :Kepustakaan Populer Gramedia, 2016.







KEBUDAYAAN ZAMAN MEGALITIK          Istilah megalitik dikatakan berasal daripada perkataan yunani kuno iaitu Mega (besar) dan juga Li...